Utama

Program ini memperkenalkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat praktikal untuk membantu komuniti menyediakan kertas cadangan, surat permohonan tajaan, bajet program dan bahan pembentangan secara lebih cepat dan profesional. Melalui sesi demonstrasi dan latihan amali, peserta akan mempelajari cara memanfaatkan AI bagi menjana idea projek, meningkatkan kualiti dokumen serta memperkukuh peluang mendapatkan tajaan dan dana daripada pelbagai pihak. Kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam aktiviti komuniti, persatuan, pendidikan dan keusahawanan.

Bengkel dalam talian selama 2 jam yang mendedahkan komuniti kepada cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Canva AI untuk menjana pendapatan, menghasilkan bahan pemasaran, dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Melalui 5 modul praktikal, peserta akan belajar mengenal pasti peluang pendapatan, mencipta bahan promosi yang boleh terus digunakan, serta membina pelan tindakan ringkas untuk memulakan atau menambah sumber rezeki mereka.

AI Smart Study Lab merupakan sebuah webinar interaktif selama 3 jam yang direka khas untuk membantu peserta memahami asas AI Generatif serta menguasai teknik menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran pintar. Peserta akan didedahkan kepada kaedah menghasilkan prompt yang berkesan, membuat nota pembelajaran, meringkaskan artikel, menjana soalan latihan, merancang jadual ulang kaji serta meningkatkan produktiviti akademik menggunakan pelbagai alat AI.
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian teori, malah turut menampilkan demonstrasi secara langsung (live demo), aktiviti hands-on, latihan praktikal, kuiz interaktif dan sesi soal jawab bagi memastikan setiap peserta memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta boleh terus diaplikasikan dalam pengajian harian.
Below is the list of link that can be used by participants to join the training session.
Link 1:
Link 2:
https://teams.microsoft.com/meet/46224440594373?p=lyF2Jo616imTEDNoTY
Link 3:
Link 4:
PROGRAM AI@NADI
SESI 1:Komuniti Pintar: AI Di Hujung Jari9.30 pagi – 11.30 pagi SESI 2:Memperkasa Komuniti: Jana Pendapatan dengan AI2.30 petang – 4.30 petang
Program Khas – Webinar Bijak Berbicara Latihan Sajak Siri 3
Tajuk: Webinar Bijak Berbicara Latihan Sajak Siri 3Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)Masa: 2.30 petang – 3.30 petang
Kempen Keusahawanan Digital
Tingkatkan kemahiran digital dan keusahawanan anda secara PERCUMA! Sempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa (MSME Day) 2026, NADI bersama ITU-DTC dan Cisco Networking Academy membawakan Kempen Keusahawanan Digital […]
PROGRAM SIRI CYBER HYGIENE
📢 PEMAKLUMAN & JEMPUTAN PROGRAM SIRI CYBER HYGIENE 📢 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Program Siri Cyber Hygiene kini kembali dilaksanakan untuk anda! 🔐 Dalam era digital hari ini, telefon pintar […]
CYBERSECURITY LIVE WEBINAR SESI JUN 2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 11 JUN 2026 yang bertajuk BAGAIMANA HAK BANTUAN ANDA BOLEH DICURI. Butiran lanjut adalah seperti dibawah: Tarikh 11 JUN […]
TINY TECHIES JUN 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa program TINY TECHIES 2026: KELAS JUN Q2 (ATAS TALIAN) kini dibuka untuk penyertaan. Program ini merupakan inisiatif pembelajaran teknologi yang direka khas untuk semua peringkat umur dengan pendekatan […]


