Utama

Program ini memperkenalkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat praktikal untuk membantu komuniti menyediakan kertas cadangan, surat permohonan tajaan, bajet program dan bahan pembentangan secara lebih cepat dan profesional. Melalui sesi demonstrasi dan latihan amali, peserta akan mempelajari cara memanfaatkan AI bagi menjana idea projek, meningkatkan kualiti dokumen serta memperkukuh peluang mendapatkan tajaan dan dana daripada pelbagai pihak. Kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam aktiviti komuniti, persatuan, pendidikan dan keusahawanan.

Bengkel dalam talian selama 2 jam yang mendedahkan komuniti kepada cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Canva AI untuk menjana pendapatan, menghasilkan bahan pemasaran, dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Melalui 5 modul praktikal, peserta akan belajar mengenal pasti peluang pendapatan, mencipta bahan promosi yang boleh terus digunakan, serta membina pelan tindakan ringkas untuk memulakan atau menambah sumber rezeki mereka.

AI Smart Study Lab merupakan sebuah webinar interaktif selama 3 jam yang direka khas untuk membantu peserta memahami asas AI Generatif serta menguasai teknik menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran pintar. Peserta akan didedahkan kepada kaedah menghasilkan prompt yang berkesan, membuat nota pembelajaran, meringkaskan artikel, menjana soalan latihan, merancang jadual ulang kaji serta meningkatkan produktiviti akademik menggunakan pelbagai alat AI.
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian teori, malah turut menampilkan demonstrasi secara langsung (live demo), aktiviti hands-on, latihan praktikal, kuiz interaktif dan sesi soal jawab bagi memastikan setiap peserta memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta boleh terus diaplikasikan dalam pengajian harian.

Below is the list of link that can be used by participants to join the training session.

Link 1:

https://events.teams.microsoft.com/event/492256f5-170b-4615-8d82-5597557451a3@7e0b5fcf-12c4-4eff-96b6-4664f25dc7da

Link 2:

https://teams.microsoft.com/meet/46224440594373?p=lyF2Jo616imTEDNoTY

Link 3:

https://teams.microsoft.com/l/meetup-join/19%3ameeting_MTA2MGFlZDUtMzcxNy00ODMxLWJkZDMtYzRiZWE1YmQ0ZGE0%40thread.v2/0?context=%7b%22Tid%22%3a%227e0b5fcf-12c4-4eff-96b6-4664f25dc7da%22%2c%22Oid%22%3a%2279831917-691a-4c4b-8ee3-f22743d87a22%22%7d

Link 4:

https://teams.microsoft.com/light-meetings/launch?p=lyF2Jo616imTEDNoTY&anon=true&launchAgent=join_launcher_web&lightExperience=true&correlationId=9be13ca8-8188-4bba-a4ce-2e1cea9c8fe3&agent=web&coords=eyJtZWV0aW5nVXJsIjoiaHR0cHM6Ly90ZWFtcy5taWNyb3NvZnQuY29tL21lZXQvNDYyMjQ0NDA1OTQzNzM%2FcD1seUYySm82MTZpbVRFRE5vVFkmYW5vbj10cnVlJmxhdW5jaEFnZW50PWpvaW5fbGF1bmNoZXJfd2ViJmxpZ2h0RXhwZXJpZW5jZT10cnVlJmNvcnJlbGF0aW9uSWQ9OWJlMTNjYTgtODE4OC00YmJhLWE0Y2UtMmUxY2VhOWM4ZmUzJmFub249dHJ1ZSIsIm1lZXRpbmdDb2RlIjoiNDYyMjQ0NDA1OTQzNzMiLCJwYXNzY29kZSI6Imx5RjJKbzYxNmltVEVETm9UWSJ9&deeplinkId=5a5d165c-a4b5-4e1b-98b9-3b12498ce326

Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

27 November 2014 JKKK

Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan  Kampung Medong Hilir Dalat   Peranan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Medong Hilir adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. […]

Baca lanjut →

Sejarah

   Sejarah Kampung Medong Dalat Kampung Medong terletak sembilan kilometer dari Pekan Dalat, merupakan sebuah pekan kecil di bahagian Mukah. Kampung tradisional Melanau ( Kg. Medong) telah wujud selama lebih […]

Baca lanjut →

Komuniti

Perkampungan kaum Melanau ini mempunyai bilangan penduduk seramai 3,514 orang yang majoritinya merupakan kaum Melanau. Kaum Melanau di kampung ini pula terbahagi kepada kaum Melanau Islam dan kaum Melanau Kristian. […]

Baca lanjut →

Maklumat NADI Kampung Medong Hilir

SELAMAT DATANG KE   NADI KAMPUNG MEDONG HILIR NADI Kampung Medong Hilir merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom […]

Baca lanjut →

UTAMA

20 November 2014 Maklumat Komuniti

Tahun lalu, sebuah kenderaan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) siap dipasang di atasnya mula merantau ke seluruh negara dengan satu tujuan iaitu merakam hampir semua jalan yang berada di negara […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya