Program Tiny Techies @ NADI merupakan inisiatif pendidikan teknologi yang bertujuan memperkenalkan kanak-kanak dan pelajar kepada dunia teknologi, pengaturcaraan dan robotik secara interaktif, menyeronokkan dan berperingkat. Program ini direka khusus untuk membina asas pemikiran logik, kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan generasi muda.
Antara modul utama yang diketengahkan ialah Micro:bit Robotic, di mana para peserta diperkenalkan kepada konsep asas robotik melalui pemahaman elemen penting seperti sumber kuasa, sensor, sistem kawalan dan aktuator. Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan fungsi otak manusia dengan peranan mikropengawal (microcontroller) sebagai “otak” kepada sistem robot, sekali gus membantu pelajar memahami konsep teknologi dengan lebih mudah dan praktikal.
Melalui penggunaan Micro:bit, para peserta didedahkan kepada:
- Asas pengaturcaraan menggunakan MakeCode
- Penggunaan input dan output seperti LED, buzzer, motor dan sensor
- Pembangunan projek inovatif berasaskan robotik
- Aktiviti cabaran yang menggalakkan pemikiran kritikal dan kreativiti
Selain robotik, program Tiny Techies turut merangkumi pendedahan awal kepada pembangunan laman sesawang (HTML), pembangunan sistem aplikasi mudah (Python) serta pengurusan data menggunakan SQL. Modul-modul ini memberi gambaran menyeluruh tentang aliran teknologi sebenar bermula daripada input, proses, pengiraan, kondisi dan output.
Sebagai kesinambungan kepada kejayaan program ini, NADI turut merancang modul baharu bagi tahun 2026, antaranya:
- Animasi dan permainan interaktif menggunakan Scratch
- Inovasi elektronik dan pengaturcaraan menggunakan Arduino
- Robotik AI, yang memfokuskan kepada pengaturcaraan pergerakan dan automasi pintar
Program Tiny Techies @ NADI bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada teknologi, malah berperanan sebagai platform pembentukan bakat muda dalam bidang STEM dan digital, selari dengan keperluan masa hadapan.
Ulang Kaji Mikro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah)





Ulang Kaji Python, HTML & SQL (Untuk Sekolah Menengah)






