| #ThrowbackStudioSihat | Edisi 4 Mei – 9 Mei 2026 |
| #ThrowbackStudioSihat | Edisi 4 Mei – 9 Mei 2026 |
Hai Geng Studio Sihat đź‘‹
Diam tak diam kita dah pun melangkah masuk ke pertengahan bulan Mei. Waktu-waktu macam ni, mesti ada antara kita yang tengah garu kepala sebab azam nak turunkan berat badan tiba-tiba rasa macam “tersangkut”, kan? Timbang hari-hari, tapi jarum penimbang tu asyik tunjuk nombor yang sama je!
Kalau anda sedang bergelut dengan situasi ini, jangan mengalah dulu. Sepanjang 4 hingga 9 Mei lepas, kami dah kupas isu ini secara terperinci melalui webinar Berat dah turun tapi stuck? Cara atasi “plateau” dengan betul. Kadang-kadang kita rasa menu diet kita dah cukup bersih, tapi tahukah anda, Makan Sihat? Belum Tentu Bebas Gula! Rupa-rupanya ada “perangkap” gula tersembunyi dalam makanan yang kita sangkakan sihat. Nak diet cepat punya pasal, ada juga yang cuba ubah rutin awal pagi. Persoalannya, Skip Sarapan : Bahaya atau Ok? Tonton tips yang kita kongsikan untuk tahu ianya mitos atau fakta.
Sambil kita berusaha menjaga kesihatan fizikal sendiri, jangan kita lupa pada mereka yang sedang mengorbankan kudrat menjaga ahli keluarga yang sakit. Kami bawakan sambungan podcast yang sangat menyentuh hati, Realiti Seorang Caretaker : Apa Yang Orang Luar Tak Nampak. Semoga perkongsian ini terus membuka mata kita tentang bebanan emosi mereka dan menjadikan kita komuniti yang lebih empati.
Akhir sekali, tiada rahsia magis untuk sihat melainkan dengan mula bergerak! Kami sediakan panduan melalui webinar – Gaya Hidup Aktif: Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum untuk anda yang baru mencari momentum. Dan kalau anda dah mula jejak kaki ke gym tapi risaukan masalah sendi, kami tunjukkan teknik Leg Exercise, Cara Selamat Elak Sakit Lutut di Gym supaya senaman otot kaki anda selamat dan berkesan.
Kesihatan itu ibarat puzzle—ia perlukan nutrisi yang bijak, pergerakan yang konsisten dan emosi yang terjaga untuk melengkapkannya. Jemput luangkan sedikit masa untuk hadam semua pengisian ini di YouTube Channel Studio Sihat. Teruskan momentum positif anda minggu ini ya!
👇 Scroll ke bawah dan pilih video yang anda nak tonton dulu.
đź‘€ Minggu Ini di Studio Sihat

| 12 Mei 2026 (Selasa) | 10:30 Pagi Neurofibromatosis: Penyakit Genetik Jarang Jumpa (Rare Disease) https://meet.google.com/tvt-jacd-uem |

15 Mei 2026 (Jumaat) | 10:30 Pagi
Gula dalam Darah: Jom Faham Diabetes!
https://meet.google.com/tvt-jacd-uem
Teruskan bersama Studio Sihat untuk lebih banyak perkongsian yang informatif, relevan dan dekat dengan kehidupan harian anda.
Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi langkah kecil ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Jumpa lagi dalam edisi akan datang!
