KEUSAHAWANAN – Puan Hajah Masinah Binti Paris
USAHAWAN KECIL SAGO MEDONG
Nama | : Puan Hajah Masinah binti Paris |
Umur | : 56 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Masinah merupakan usahwan kecil kilang sagu di kampong Medong Dalat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Masinah merupankan usahawa kecil yang mempunyi kilang sagu milik beliau sendiri. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk yang perlu dijual melalui pengiklanan kovensional di kampong medong dan kampong kampong berdekatan,. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg. Medong Hilir bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media social seperti facebook, Blog dan website Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan masinah tetap berkunjung ke PI Kg. Medong Hilir bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman. Malah baru baru ini beliau mnyertai pertandingan usahawan terbaik PI1M 201
______________________________________________________________
KEUSAHAWANAN ONLINE 2 – Encik Kipli@Singek Bin Abdullah@suhai
Nama | : Kipli@Singek bin Abdulah@Suhai |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Encik Kipli@singek merupakan usahwan kecil pembuat perahu fiber di kampung Medong Dalat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
En. Kipli merupankan usahawan kecil yang bermula membuat perahu panjang dengan kayu/papan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Atas permintaan semakin meningkat dan sumber asas pembuatan perahu (kayu/papan) sukar diperolehi menyebabkan beliau terpaksa mencari alternatif lain. Dengan itu, beliau telah mengubah cara pembuatan perahu yang sebelum ini menggunakan kayu/papan kepada fiber. Yang mana fiber lebih mudah didapati dan kos tidak terlalu mahal berbanding kayu/papan. Beliau turut berkunjung ke PI untuk mengakses internet bagi mendapat maklumat dan idea-idea baru berkenaan dengan pembuatan perahu menggunakan fiber.
___________________________________________________________________________________________________________________________
CELIK IT – Armin Zaharin Bin Hajeri
BELAJAR INTERNET, MENAIP
Nama | : Armin Zaharin Bin Hajeri |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Adik Armin merupakan pelajar sekolah menegah kebangsaan Dalat yang telah menjadi ahli PI Kg. Medong Hilir sejak PI Kg. Medong Hilir Mula beropersai pada tahun 2014. Dari PI Kg. Medong Hilir beroperasai Adik Armin Merupakn Ahli yang sering kali berkunjung dan active terlibat mengikuti program yang di jalankan di PI Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, adik Armin tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip ,tidak mampu untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah lemah dalam penggunaan internet untuk mencari maklumat berkenaan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada adik Armin mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan penggunaan internet secara selamat dan betul. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir, adik Armin telah mahir menaip dengan cekap. Kini beliau juga dapat memanfaatkan penggunaan internet dalam pelajaran mahupun penggunaan harian.