NADI merupakan satu pusat yang menghubungkan komuniti kepada teknologi komputer dan capaian internet di kawasan luar bandar. Ia juga mendidik komuniti yang tidak mempunyai asas tentang dunia IT menjadi komuniti yang celik IT. NADI juga dapat menghubungkan masyarakat setempat kepada dunia luar dan global. Kewujudan NADI mampu mengubah kehidupan masyarakat dari segi sosial, taraf pengetahuan dan ekonomi ke arah yang lebih baik.
NADI Kampung Medong Hilir mula di bina pada 1 Oktober 2013 dengan sokongan Ketua kaum Kampung Medong Dalat, NADI mula beroperasi sepenuhnya pada 11 Febuari 2014.