Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak NADI e-Sukan akan meneruskan penganjuran Siri Webinar Bulanan NADI E-Sukan 2025 dengan topik seterusnya iaitu Basic Scriptwriting for Animation yang akan disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi, serta penulisan skrip.
Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas tentang penulisan skrip animasi termasuk struktur, teknik penulisan dialog, dan penyampaian cerita yang berkesan.
Setiap NADI digalakkan untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta bagi menyertai sesi bermanfaat ini.
📌 Butiran Webinar
Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi: Google Meet (klik salah satu pautan di bawah)
🔗 Link 1: https://meet.google.com/wpx-ocrn-won
🔗 Link 2: https://meet.google.com/prx-voki-uqi
Penceramah: Encik Faizal Hakimmy
Pautan Kehadiran: https://www.esports.nadi.my
🎓 Manfaat Penyertaan:
- Mendapat sijil penyertaan rasmi daripada pihak penceramah.
- Menimba pengetahuan asas penulisan skrip animasi.
- Sesuai untuk individu yang terlibat dalam e-sukan, kreatif, animasi, reka bentuk, penulisan, dan sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran bercerita secara visual.
Untuk makluman, siri webinar ini akan berlangsung sehingga Disember 2025 dengan tajuk-tajuk lain seperti:
- 2D Animation for Beginners
- Visual Storytelling – From Idea to Pitch
- Basic Storyboarding
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan ini: Linktree
