Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa satu Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 7 akan dianjurkan di bawah Program Khas NADI DILEA Tuisyen Rakyat seperti ketetapan berikut:
1. Maklumat Webinar
1.1 Tajuk: Correct Technique for Answering Paper 2 for SPM
1.2 Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
1.3 Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan 5 (SPM)
2. Pendaftaran dan Penyertaan
2.1 Pendaftaran dibuka bermula minggu ini.
2.2 Pelajar perlu mendaftar di bawah Course Special Programme.
2.3 Kehadiran pelajar akan direkodkan melalui sistem LMS DILEA NADI.
2.4 Penyertaan hanya dikira sekiranya pelajar hadir dan mengikuti sesi sepenuhnya.
3. Pelaksanaan Program
3.1 Sesi pembelajaran dijalankan secara dalam talian melalui LMS DILEA NADI.
3.2 Pelajar diwajibkan hadir ke NADI untuk mengikuti webinar bagi tujuan pemantauan dan sokongan pembelajaran.
4. Perhatian
4.1 Pelajar yang berminat digalakkan untuk mendaftar awal dan hadir mengikut jadual yang ditetapkan.
