mcmc
GaleriGaleri FotoLaporan Aktiviti

PROGRAM JOM BERAMBEH RAYA 2025 PUSAT PEMULIHAN DALAM KUMONITI BERSAMA NADI KAMPUNG MEDONG HILIR

Isnin, 28 April 2025 – Pihak NADI Kg Medong Hilir ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Dalat atas undangan ke program ini. Kami amat menghargai peluang ini yang bukan sahaja memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NADI dan PPDK Dalat, malah turut memperkasa interaksi bersama komuniti melalui pelbagai aktiviti menarik. Program ini telah dimeriahkan dengan pertandingan secara digital seperti Jigsaw Puzzle dan Coloring Online, serta pertandingan secara fizikal iaitu Pertandingan Menganyam Ketupat yang mendapat sambutan hangat daripada para ibu bapa. Tidak ketinggalan, pihak NADI turut mengambil kesempatan untuk mengadakan Kuiz Kenali NADI sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan perkhidmatan pintar NADI kepada komuniti setempat. Selain itu, petugas NADI turut dibawa oleh kakitangan PPDK untuk melihat sekitar kelas pelatih, sekaligus berpeluang menyaksikan sendiri hasil kreativiti yang dihasilkan oleh para pelatih yang sungguh membanggakan. Semoga hubungan erat ini dapat diteruskan dan diperkasa lagi pada masa akan datang demi manfaat bersama. Terima kasih atas sokongan, kepercayaan, dan kerjasama yang diberikan.

Laporan oleh: Dennis