Tanaman pokok rumbia
Penduduk di kampung ini kebanyakannya masih bergantung kepada tanaman rumbia walaupun tidak secara besar-besaran. Pokok-pokok rumbia ini ditanam di atas tanah milik penduduk kampung sendiri tanpa bantuan kerajaan. Kaedah tanaman secara tradisional masih digunakan oleh penduduk di sini. Anak pokok rumbia diambil daripada pokok induk untuk mengekalkan baka pokok.