mcmc
GaleriGaleri Foto

PERLAKSANAAN KEMPEN INTERNET SELAMAT NADI KLUSTER MUKAH DAN DALAT

NADI Kluster Mukah dan Dalat telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) sebagai sokongan kepada inisiatif nasional di bawah Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan digital dalam kalangan masyarakat setempat, selaras dengan usaha kerajaan untuk membina ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Pelaksanaan KIS memberi fokus kepada isu-isu keselamatan digital yang semakin membimbangkan seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta ancaman kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM). Seiring dengan perkembangan teknologi dan penggunaan internet yang pesat, isu-isu ini menuntut perhatian serius dan pendidikan berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Bagi memastikan impak yang lebih menyeluruh, NADI Mukah dan Dalat telah menyasarkan pelbagai kumpulan sasaran termasuk pelajar sekolah, remaja, ibu bapa, komuniti Madani serta warga emas. Setiap sesi disampaikan dalam bentuk ceramah interaktif, demonstrasi, perkongsian pengalaman serta kuiz keselamatan digital, bagi memastikan peserta memahami risiko dan langkah perlindungan yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.

Sepanjang pelaksanaan kempen, para peserta didedahkan kepada pengetahuan penting seperti cara mengenal pasti mesej mencurigakan, taktik penipuan kewangan dalam talian, keselamatan kata laluan, serta kaedah melaporkan kandungan terlarang. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan literasi digital, tetapi juga memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menggunakan internet secara selamat dan beretika.

Inisiatif KIS oleh NADI Kluster Mukah dan Dalat jelas menunjukkan komitmen berterusan dalam mendidik dan memperkasakan masyarakat era digital. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan masyarakat lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan digital yang semakin kompleks.