mcmc
GaleriJadual Latihan & Aktiviti

PENDAFTARAN GUIDANCE TUITION FASA KEDUA TINGKATAN 4 & 5 (TAHUN 2026)

📢 PENDAFTARAN GUIDANCE TUITION 2026 – FASA KEDUA KINI DIBUKA!

Berita baik kepada ibu bapa dan para pelajar 📚
Program Guidance Tuition di bawah NADI DILEA (Tuisyen Rakyat) kini membuka Fasa Kedua pendaftaran bagi tahun 2026.

Program ini dirangka khusus untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik melalui bimbingan berstruktur, pemantauan berterusan dan sokongan menyeluruh.

TERBUKA UNTUK:
👩‍🎓 Pelajar Tingkatan 4 & Tingkatan 5

📝 SYARAT PERMOHONAN:
✅ Berdaftar sebagai ahli NADI
Warganegara Malaysia
Keutamaan kepada keluarga B40
✅ Pelajar yang berdedikasi dan komited meningkatkan pencapaian akademik

🎯 MANFAAT PROGRAM GUIDANCE TUITION:
📌 Akses menyeluruh kepada Program DILEA – Tuisyen Rakyat
📌 Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru berpengalaman sepanjang tahun
📌 Pemantauan prestasi pelajar melalui rekod kemajuan bulanan
📌 Ujian dan latihan berkala bagi mengukuhkan kefahaman pembelajaran
📌 Pembahagian kumpulan pembelajaran yang strategik mengikut tahap keupayaan pelajar
📌 Anugerah Kecemerlangan sebagai pengiktirafan pencapaian dan motivasi pelajar

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
📅 31 Januari 2026

📍 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila kunjungi NADI terdekat anda.

Memperkasa Minda, Membentuk Masa Depan 🌟