Dikalangan peminat kuih sepit Kampung Medong, pasti mengetahui keenakkan kuih tersebut yang diusahakan oleh Rebi Binti Lias,Pn Rebi Menceritakan pengalaman beliau menghasilkan kepingan kuih sepit yang rangup, Masniah memberitahu, proses pembuatan makanan ringan ini memerlukan bahan-bahan seperti tepung, telur, santan kelapa dan gula.
Untuk menghasilkan lebih 50 bungkus kuih sepit, beliau memerlukan tiga kilogram tepung gandum, enam biji telur, lima biji kelapa tua dan anggaran setengah kilogram gula. Bahan-bahan yang diperlukan dicampur lalu digaul hingga menjadi adunan yang sebati dan sederhana pekat. Proses memasak dimulakan dengan memanas acuan-acuan kuih sepit yang berbentuk bulat dan nipis di atas api dapur gas yang bersuhu rendah. Kemudian, adunan tadi dituang ke dalam acuan menggunakan senduk kecil bagi mengelakkan ia melimpah keluar atau kuih menjadi terlalu tebal. Walaupun kerja-kerja membakar kuih hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi tugasan melipat kepingan kuih sepit memerlukan kepakaran pengusahanya. Kepingan kuih sepit yang sudah masak perlu dilipat segera semasa masih panas kerana apabila sudah sejuk, ia tidak boleh dibentuk dan mudah pecah.
Kepingan kuih yang sudah dilipat akan dimasukkan ke dalam beg-beg plastic, Kuih sepit yang Pn. Rebi hasilkan boleh didapati di pasar-pasar tamu di pekan Dalat. Biasanya, pelanggan-pelanggan beliau datang dari sekitar Bahagian Mukah, Dalat dan Sibu.