mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Januarius Emeric
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Januarius merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Saint John Dalat yang telah menjadi ahli PI1M Kg. Medong Hilir sejak tahun 2017. Dari PI Kg. Medong Hilir dan aktif terlibat mengikuti program dan kelas yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik januarius tidak cekap menaip ,tidak mampu untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang  disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang sangat lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan internet dan perisian seperti Microsoft Word di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI, Adik januarius telah dapat mahir menaip dengan cekap dan mampu melayari internet dengan lebik baik .