mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA

 

KEUSAHAWANAN – Puan Rahyah Binti Shu’eb

USAHAWAN KECIL BISKUT GUNTING

Nama Puan Rahyah Binti Shu’eb
Umur : 70 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Rahyah Binti Shu’eb merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan kuih-kuih kering secara kecil-kecilan sejak tahun 2014.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaannya secara tradisional dan memasarkan produknya secara bukan atas talian. Beliau yang menghasilkan pelbagai jenis produk kering seperti Kuih Gunting Perut Ayam, Kerepek Pisang, Sagu, dan Kuih Jala Sarawak hanya menjual produk tersebut di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas perniagaan telah banyak membantu beliau dalam membuat sedikit perubahan dalam perniagaan. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dar petugas PI dalam memasarkan produknya ke seluruh Malaysia Contohnya pengiklanan melalui Dashboard My Shop. Melalui pengiklanan tersebut beliau telah menerima tempahan daripada komuniti setempat dan semenanjung Malaysia.Segala urusan tempahan sekarang dijalankan melalui telefon, mesej dan aplikasi WhatsApp.