KEUSAHAWANAN – Cik Nurul Afida
USAHAWAN KECIL KEREPEK PISANG
Nama | : Cik Nurul Afida |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Nurul Afida merupakan usahawan yang pernah mengikut Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Program ini untuk golongan belia Bumiputera yang berumur 18 – 30 tahun. Beliau memulakan perniagaan makanan homemade di sekitar mukah dan dalat sejak tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau menjalankan perniagaan secara tradisional dan memasarkan produk secara talian dan disekitar kampung sahaja. Beliau yang menghasilkan pelbagai jenis produk makanan homemade seperti sandwich, tauhu bergedil, kek batik oreo, nasi lemak kukus, spring roll crunchy dan kuih gunting. Aktiviti pemasaran hanya dibuat untuk kawasan sekitar kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas asas perniagaan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dari petugas Pi1M Penglibatan P membantu memasarkan produk kering seperti kuih gunting dan spring roll crunchy ke seluruh Malaysia dengan pengiklanan melalui dashboard Komuniti (My Shop). Melalui pengiklanan menggunakan Dashboard My Shop, beliau telah menenerima tempahan daripada banyak pihak. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.
.