BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Haziq Irfan Bin Guan Leong |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Adik haziq merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Saint John Dalat yang telah menjadi ahli Pusat internet Kg. Medong Hilir sejak tahun 2017. Dari Pusat Internet Kg. Medong Hilir dan aktif terlibat mengikuti program dan kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, adik haziq tidak cekap menaip ,tidak mampu untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang sangat lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan internet dan perisian seperti Microsoft Word di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI, Adik haziq telah mahir menaip dengan cekap dan mampu melayari internet dengan lebik baik .
Pages: 1 2