CELIK IT – Fadlee bin Jack
BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Fadlee bin Jack |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Adik Fadlee merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Saint John Dalat yang telah menjadi ahli PI Kg. Medong Hilir sejak PI Kg. Medong Hilir Mula beropersai pada tahun 2014. Dari PI Kg. Medong Hilir beroperasai beliau merupakn ahli yang sering kali berkunjung dan aktif terlibat mengikuti program yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, adik Fadlee tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip ,tidak mampu untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang sangat lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bagi membantu masalah adik Fadlee, petugas PI Kg. Medong Hilir Dalat telah memberi tunjuk ajar dan latihan secara percuma kepadanya. Latihan tersebut merangkumi Microsoft Office Word, Excel, Power Point, dan Adobe Photoshop. Walaupun masih di peringkat permulaan, adik Fadlee sudah dapat menguasai asas-asas penggunaan komputer dan internet. Dengan ini, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolahnya.