BELAJAR INTERNET DAN MENAIP
Nama | : Esther Emerio Bin Edwin |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Adik Esther Emerio merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat yang telah menjadi ahli PI Kg. Medong Hilir sejak tahun 2017. Seorang ahli PI yang aktif mengikuti program dan kelas yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, adik Esther Emerio tidak cekap untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi penerangan kepada peserta mengenai pengenalan asas internet. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI Adik Esther telah mahir dan cekap melayari internet dengan lebik baik .