mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP 

Nama : Adib Azerul Bin Firdaus Ong
Umur 9 tahun
Ahli 2017

 

Latar belakang

Adik Adib merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Saint John Dalat yang telah menjadi ahli Pusat Internet Kg. Medong Hilir sejak tahun 2016. Dari Pusat Internet Kg. Medong Hilir dan aktif terlibat mengikuti program dan kelas yang dijalankan di PIM Kg. Medong Hilir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, adik Adib tidak cekap menggunakan komputer dan melayarai internet, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang sangat lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan internet dan perisian seperti Microsoft Word di Pusat Internet. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di Pusat Internet, Adik Adib telah  mahir menggunakan komputer dengan cekap dan mampu melayari internet dengan lebik baik .