KEUSAHAWANAN – Hayati Binti Wahid @ Mohd Wahid
USAHAWAN KECIL KEROPOK LEKOR, UBAT TRADITIONAL, KUIH MUIH, NASI LEMAK
Nama | : Cik Hayati Binti Wahid @ Mohd Wahid |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Hayati Binti Wahid merupakan seorang surirumah dan guru kafa.. Sebelum ini, Puan Hayati adalah pembantu di gerai Keropok Lekor Terengganu. Perniagaan ini bermula selepas pemilik gerai Kerepok Lekor Terengganu berpindah ke Semenanjung Malaysia. Diatas permintaan yang tinggi, terhasillah perniagaan Keropok Lekor Terengganu.di Pekan Sabtu Oya setiap hari sabtu (6.00 a.m – 12.00 p.m) Disamping keropok lekor, Puan Hayati juga mempelbagaikan produk di Pekan Sabtu seperti Ubat Traditional, Kuih Muih, Kek, Nasi Lemak, Samosa dan biskut. Dengan bantuan pihak Pusat Internet beliau belajar mempromosikan produk secara secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada permulaannya perniagaan hanya tertumpu kepada perniagaan keropok lekor sahaja. Atas permintaan ramai dari pelanggan beliau mempelbagaikan produk dengan menghasilkan produk Ubat Traditional, Kuih Muih, Kek, Nasi Lemak, Samosa dan biskut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas asas perniagaan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet, Penglibatan Pusat Internet membantu memasarkan produk kering seperti kuih gunting dan spring roll crunchy ke seluruh Malaysia dengan pengiklanan melalui dashboard Komuniti (My Shop). Melalui pengiklanan menggunakan Dashboard My Shop, beliau telah menenerima tempahan daripada banyak pihak. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.