mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Salome Binti Matili

USAHAWAN KECIL  – PERNIAGAAN TERTUMPU KEPADA HANDMADE KRAFTANGAN IAITU ROSARY DAN DREAM CATCHER

Nama

: Salome Binti Matili

Umur

: 31 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Salome merupakan seorang surirumah. Perniagaan ini bermula sekadar hobi dalam menghasilkan kraftangan. Permintaan daripada kalangan rakan-rakan mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya perniagaan beliau dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya melalui rakan-rakan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu pemasaran produk. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan luar Medong dengan pengiklanan melalui Yezza dan Shopee. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.