mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 1 2023

Q2 USAHAWAN

USAHAWAN 1 (2023) – SULIJA BT SUHAILI

Membuat dan menjual kuih traditional

NAMA                 :  SULIJA BT SUHAILI

UMUR                 : 36 TAHUN

AHLI                    : 2018

 

Latar belakang

Puan Sujila merupakan seorang surirumah. Perniagaan ini bermula sekadar hobi mengisi masa lapang. Bermula hanya menjual kuih jala  dan diikuti menu lain seperti apam balik dan apam beras. Berikutan permintaan daripada kalangan jiran dan rakan-rakan mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang. Permintaan daripada pembeli yang mengenali produk beliau terus meningkat menyebabkan Puan Sulija perlu membuka tempahan  terlebih dahulu. Sekarang beliau hanya memfokuskan produk kuih kering sebagai produk utama. Kerana kuih kering yang dihasilkan mendapat permintaan dan sambutan  tinggi daripada pembeli dari luar kawasan daerah Mukah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaannya perniagaan beliau dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya melalui kawan-kawan sahaja.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah menghadiri kelas keusahawanan pemasaran produk, telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PEDi membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Medong dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui WhatsApp dan Facebook.