KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2023
CELIK IT – AIRIL NAZMI BIN HAMDAN
ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA
NAMA : AIRIL NAZMI BIN HAMDAN
UMUR : 11 TAHUN
AHLI 2018
Latarbelakang
Airil Nazmi merupakan ahli Pusat Ekonomi Digtal (PEDi) pada tahun 2018. Airil merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah di SK St John Medong. Mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi atas dorongan ibu beliau. Pelajar yang aktif di sekolah dan aktif mengikuti program yang dijalankan di PEDi Kampung Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet yang lemah. Dia tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang teknologi maklumat (ICT) dan Microsoft Office yang terbaru.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Airil merupakan seorang yang aktif mengikuti dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kampung Medong Hilir. Selepas menghadiri Kelas Teknologi Maklumat (ICT) di PEDi Kg Medong Hilir, beliau dapat mendalami dan belajar mengenai Microsoft Office 2021 seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel. Selain itu dia juga mempelajari suntingan imej (Canva), aplikasi permainan pembelajaran atas talian serta cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. Sekaligus dapat memudahkan dia untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan penggunaan internet dengan selamat