KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q1 2023
CELIK IT – AYRABELL ROYCE BT ROYSTON
ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE
NAMA : AYRABELL ROYCE BT ROYSTON
UMUR : 13 TAHUN
AHLI 2013
Latar belakang
Ayrabell Royce Bt Royston merupakan ahli Pusat Ekonomi Digtal (PEDi) pada tahun 2013. Ayrabell merupakan salah seorang pelajar sekolah rendah semasa mengikut kelas yang dijalankan di PEDi. Dia merupakan seorang pelajar aktif disekolahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dia tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan komputer, internet dan teknologi maklumat (ICT) sertta Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Ayrabell merupakan seorang yang aktif mengikuti dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kampung Medong Hilir. Selepas menghadiri Kelas Teknologi Maklumat (ICT) di PEDi Kg Medong Hilir, beliau dapat mendalami dan belajar mengenai Microsoft Office 2021 seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel. Selain itu dia juga mempelajari suntingan imej (Canva), aplikasi permainan pembelajaran atas talian serta cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat. Sekaligus dapat memudahkan dia untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan penggunaan internet dengan selamat