mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2017

 

KEUSAHAWANAN – Pn. Norjanah Binti Bolhassan

USAHAWAN KEREPEK KERING 

Nama : Pn. Norjanah Bolhassan
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Norjanah binti Bolhassan atau lebih dikenali sebagai jannah,merupakan penduduk tetap Kg Medong Hilir Dalat. Beliau telah memulakan perniagaan menjual kerepek kering (kuih gunting) pada tahun 2016. Pada permulaan beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan secara offlilne, kini produk beliau telah mendapat sambutan dari penduduk setempat secara tidak langsung permintaan terhadap produknya meningkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas usahawan secara online serta tidak tahu kaedah membuat page produk di facebook. Hal ini menyebabkan sukar bagi beliau untuk memasarkan produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau telah mempelajari teknik-teknik baru yang lebih berkesan. Beliau telah berjinak-jinak dengan perniagaan secara online.

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

CELIK IT – Muhammad Irfan Ikhwan

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Irfan Ikhwan
Umur : 13 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Muhammad Irfan merupakan pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Dalat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini adik Irfan tidak pernah mengikuti kelas seperti Microsoft office dan latihan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet di Kampung Medong ,sedikit sebanyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran penggunaan internet dalam pelajaran saya,malah mempelajari penggunaan internet lebih selamat dengan mengikuti kelas klik dengan bijak.

 

 

_____________________________________________________________________________________________________________

 KEUSAHAWANAN – Cik Ramlah Binti Haji Sabri

USAHAWAN ANYAMAN BAKUL PLASTIK

Nama : Cik Ramlah Binti Haji Sabri
Umur : 46 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Ramlah binti Haji Saberi berasal dari Kampung Teh Dalat. Beliau telah memulakan perniagaannya pada tahun 2016 yang mana beliau telah mengikuti kursus anyaman bakul di Pusat Aktiviti Warga Emas Dalat. Pada permulaan beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan secara offlilne, kini produk beliau telah mendapat sambutan dari penduduk setempat secara tidak langsung permintaan terhadap produknya meningkat.
 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas usahawan secara online serta tidak tahu kaedah membuat page produk di facebook. Hal ini menyebabkan sukar bagi beliau untuk memasarkan produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau telah mempelajari teknik-teknik baru yang lebih berkesan. Beliau telah berjinak-jinak dengan perniagaan secara online.