USAHAWAN KECIL – MAKANAN KERING TRADISIONAL DALAT
Nama | : Sharon Binti Junai |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Sharon merupakan seorang suri rumah, yang menjalankan perniagaan kuih kering tradisional di Kampung Baru Dalat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Sharon merupankan usahawan kecil. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk jualan melalui cakap cakap dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa menyebabkan kurang tempahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu Kelas Keusahawanan. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp dan mempelbagaikan produk jualan beliau dengan mengikut kelas asas kelas lapis moden.