USAHAWAN KECIL – TERTUMPU KEPADA PENGHASILAN PELBAGAI JENIS KEK, ROTI , BISKUT SERTA TURUT MENGHASILKAN KEK LAPIS
Nama
|
: Roziah binti Busni
|
Umur
|
: 33 Tahun
|
Ahli
|
: 2019
|
Latar belakang
|
Puan Roziah merupakan seorang surirumah. Perniagaan ini bermula sekadar hobi dalam menghasilkan makanan untuk ahli keluarga sahaja. Permintaan daripada kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan mencetuskan perniagaan Puan Roziah untuk terus berkembang
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Pada permulaannya perniagaan beliau dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya melalui kawan-kawan sahaja.
|
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu pemasaran produk dan kelas asas kek lapis moden. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Medong dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook. Dengan mengikuti kelas asas kek lapis moden turut membantu mempelbagaikan produk jualan beliau.
|