USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL
Nama | : Nila Binti Ani |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Nila merupakan seorang surirumah, yang menjalankan perniagaan kerepek bawang dan empeyek di Kampung Medong, Dalat. Permintaan daripada jiran-jiran dan rakan-rakan mencetuskan perniagaan Puan Nila untuk terus berkembang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaannya perniagaan beliau dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya secara bukan atas talian
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu asas perniagaan dan pemasaran produk. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Mukah dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.
Pages: 1 2