mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – MUHD. FAIZ NASRI MAHALI

Nama : Muhd. Faiz Nasri Mahali
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhd Faiz 18, minat menceburi bidang lukisan Inai ini sejak satu tahun lalu. pada awalnya dia mahu menghadiahkan ukiran inai kepada saudaranya yang bakal berkahwin dan tidak menyangka ukirannya menjadi tumpuan ramai sehingga menerima tempahan. Apabila semakin mahir, barulah beliau berani menerima tempahan itupun hanya daripada kalangan mereka yang dikenali dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurutnya, semasa di peringkat awal berkecimpung dalam bidang lukisan inai, pendapatannya tidak begitu lumayan dan sukar mendapatkan pelanggan di atas kurang promosi di media sosial dan kurang platfom dalam pemasaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas perniagaan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran prkhidmatan. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dari petugas PI,penglibatan PI banyak membantu memasarkan perkhidmatan beliau ke seluruh Malaysia dengan pengiklanan melalui dashboard Komuniti (My Shop). Melalui pengiklanan menggunakan Dashboard My Shop, beliau telah menenerima tempahan daripada banyak pihak. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook