USAHAWAN KECIL – Tertumpu kepada penjualan makanan sejuk beku seperti karipap frozen, keropok lekor frozen, perapan kambing, ayam dan daging.
Nama
|
: Masitah Lim
|
Umur
|
: 31 tahun
|
Ahli
|
: 2019
|
Latar belakang
|
Puan Masitah merupakan seorang surirumah. Perniagaan ini bermula sekadar hobi dalam penjualan makanan sejukbeku. Pada mulanya Puan Masitah hanya menjual karipap frozen dan keropok lekor frozen sahaja. Berikutan permintaan daripada kalangan jiran-jiran dan rakan-rakan mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang dan menyebabkan Puan Masitah berdropship untuk produk perapan kambing, ayam dan daging.
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Pada permulaannya perniagaan beliau dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya melalui kawan-kawan sahaja.
|
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Setelah menghadiri kelas keusahawanan pemasaran produk, telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Medong dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.
|