USAHAWAN KECIL MAKANAN KERING
Nama | : Pn. Hajah Masinah binti Paris |
Umur | : 61 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn Hajah Masinah Paris, Merupakan seorang wanita gigih yang berasal dari Kampung Medong, Dalat. Merupakan pengusaha kilang Sago Medong, yang diwarisi oleh Pn Masinah daripada keluarganya sejak zaman remaja lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan penggunaan ICT dan kelas yang di adakan di pusat internet, beliau tidak mempunyai asas usahwan secara online. Malah penggunaan asas komputer hanya bergantung kepada anak beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu pemasaran produk. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Mukah dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.