mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – CIK SITI AISYAH BINTI NASRI

USAHAWAN KECIL 

Nama : Cik Siti Aisyah Binti Nasri
Umur : 29 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Siti Aisyah Binti Nasri, merupakan seorang wanita yang menjalankan perniagaan kek moden. Perniagaan ini bermula dari sekadar hobi. Pemintaan daripada rakan-rakan dan jiran mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pemulaannya perniagaan hanya tertumpu kepada perniagaan kek traditional sahaja seperti kek mentega. Atas permintaan pelanggan tetap, beliau mempelbagaikan produk kek moden.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu pemasaran produk. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan Mukah dan Dalat dengan pengiklanan melalui media sosial. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.