mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Aisyah Binti Abdullah

 

USAHAWAN KECIL    TERTUMPU KEPADA PENGHASILAN KUIH-KUIH KERING SEPERTI REMPENYEK DAN KUIH BUNGA ROS

Nama

: Aisyah Binti Abdullah

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

 

Puan Aisah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Pada mulanya penghasilan kuih kering ini hanya sekadar mengisi masa dan hobi. Disebabkan permintaan daripada rakan-rakan, Puan Aisah mula menjual produknya. Pemintaan daripada rakan-rakan dan jiran mencetuskan perniagaan untuk terus berkembang

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada pemulaannya perniagaan beliau hanya dijalankan secara traditional dan memasarkan produknya secara bukan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet iaitu Kelas Keusahawanan. Kelas yang dianjurkan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk menggunakan aplikasi Facebook dan Whatsapp dan mempelbagaikan produk jualan beliau dengan mengikut kelas brownies dan cupcake.