Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak NADI E-Sukan akan melaksanakan kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan bagi minggu ketiga bulan Januari 2026 seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Etika & Sikap Pemain E-Sukan
Tarikh: 16 – 18 Januari 2026
Maklumat Penting Mengenai Kelas:
• Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta bagi setiap kelas.
• Kehadiran adalah WAJIB dan perlu direkodkan di dalam LMS NADI E-Sukan.
• Akses kelas dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari kelas berlangsung.
• Peserta hendaklah berada di pusat NADI semasa mengikuti kelas.
• Peserta yang sama atau berbeza boleh digunakan bagi setiap kelas.
• Petugas bertanggungjawab memastikan kehadiran peserta ditanda dalam LMS bagi tujuan rekod dan laporan.
Kerjasama dan komitmen semua petugas NADI amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Admin
Pillar: NADI x Lifelong Learning
Programme: Skillforge: NADI e-Sukan
