Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Medong Hilir Dalat
Peranan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Medong Hilir adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.