



DILEA Tuisyen Rakyat adalah satu inisiatif Kerajaan Madani melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu pelajar – pelajar sekolah mendapatkan kelas tambahan secara percuma dengan pembelajaran dan pengajaran yang progresif dan komprehensif.
Ramai diantara pelajar sekolah dari kalangan B40 akan tidak mampu untuk menampung kos kelas tuisyen yang agak mahal di luar sana. Maka dengan adanya DILEA Tuisyen Rakyat, Semua orang akan berpeluang untuk mengikuti kelas tuisyen yang percuma dan pasti akan membantu dalam pemahaman dan teknik belajar.
