BELAJAR INTERNET, MENAIP
Nama | : Mikel Haris Bin Hakelis |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Adik Mikel merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Saint John Kampung Medong Dalat yang telah menjadi ahli Pusat internet Kg. Medong Hilir sejak tahun 2018, aktif terlibat mengikuti program dan kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, adik Mikel tidak cekap menaip ,tidak mampu untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang sangat lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat yang disuruh oleh guru di sekolah
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi penerangan kepada peserta mengenai pengenalan asas internet. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI Adik Mikel telah mahir dan cekap melayari internet dengan lebik baik .