BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ASAS KOMPUTER
Nama | : Khairunnazeem Syahmi Bin Saupi |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Adik Khairunnazeem Syahmi merupakan pelajar SK ST JOHN Kg Medong yang telah menjadi ahli PI Kg. Medong Hilir sejak tahun 2014. Seorang ahli PI yang aktif mengikuti program dan kelas yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, adik Syahmi tidak cekap untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi penerangan kepada peserta mengenai pengenalan asas menggunakan internet dan perisian seperti Microsoft Power Point dan Microsoft Word. Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI, Adik Syahmi telah mahir menaip dan mampu melayari internet dengan lebik baik.
Pages: 1 2