mcmc
Persatuan Belia

Persatuan Belia

Persatuan Belia Kampung Medong Dalat

Belia di kampung ini aktif melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan dan turut serta dengan penduduk kampung bagi menjayakan pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan. Golongan belia di kampung ini aktif di dalam sukan kelab bola sepak/futsal dan kelab lumba perahu(Bidar). Anggota kelab-kelab ini sering mengadakan permainan bersama ahli anggota pada waktu petang dan hujung minggu.

 

Biarpun aktiviti sukan tersebut hanya aktif di kawasan perkampungan, namun golongan ini begitu bijak mengubah corak aktiviti ini dengan mengadakan pertandingan antara kampung. Pertandingan seperti ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan belia di samping mengukuhkan persahabatan antara mereka.

 

Persatuan Pergerakan Belia Mukah

Pergerakan Belia Mukah memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan kestabilan dalam pembangunan positif sahsiah belia di kawasan sekitar Mukah, Balingngan, Oya dan Dalat