UMAI
Umai? Apa itu umai? Umai merupakan sejenismakanan laut trasional masyarakat Melanau di Sarawak Umai juga merupakan sepupu sashimi(shusi) di Negara Jepun.Tetapi umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak.Di mana-mana di Sarawak, Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah/Dalat sinonim dengan gelaran Bahagian Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya.Kalau anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adalah kecil.Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buahdari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap umaia nda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati,dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai, tambahkan sahaja MSG dangaramsecukup rasa.Jadilah umai yang mudah untuk disediakan.
Oleh kerana umai ini adalah mudah disediakan,nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja kelaut.Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan, udang dan bubuk(sejenis udang kecil) juga menjadi mangsa nelayan untuk dijadika numai. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya.Ingat, umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika umai telah siap untuk dimakan, jangan tunggu lama-lama kerana apabila ikan itu sudah masak (campuran limau dan cili boleh memasakan ikan secara semula jadi) umai hilang sedapnya.
ULAT MULONG
Ulat mulong yang dipanggil si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.Ia sebenarnya adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate.Bagi penggemar tegar pula, ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu.Ia diminati ramai, baik di kalangan masyarakat bumiputera, Cina mahupun pelancong asing kerana rasanya yang lemak.Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut.Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya.