Pembangunan sesebuah kawasan boleh dilihat dari segi pembinaan kemudahan asas, kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang lengkap dan sempurna. Kemudahan-kemudahan ini memberi banyak manfaat kepada penduduk dalam menjalankan tugasan harian. Kemudahan-kemudahan tersebut telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab di kampung ini. Kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan telekomunikasi tidak lagi menjadi masalah kepada penduduk di daerah ini. Bagi kemudahan infrastruktur seperti jalan raya juga turut disediakan untuk memudahkan pergerakan penduduk.
Kemudahan sosial seperti perubatan, pendidikan dan kesukanan dan rekreasi juga mudah didapati di daerah ini. Kemudahan lain seperti Pejabat Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK), balai raya, masjid, pejabat pos , hospital bank dan gereja memberi kemudahan beribadat dan tempat untuk mengadakan perjumpaan bagi penduduk kampung.
Klinik Kesihatan Kg Medong
Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Dalat
Pejabat Daerah Dalat
Balai Polis Daerah Dalat
Balai Bomba Sukarela Pekan Dalat
Pejabat Pendidikan Daerah Dalat