mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Khairunnazeem Syahmi Bin Saupi

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ASAS KOMPUTER

Nama : Khairunnazeem Syahmi Bin Saupi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Khairunnazeem Syahmi merupakan pelajar SK ST JOHN Kg Medong yang telah menjadi ahli PI Kg. Medong Hilir sejak tahun 2014. Seorang ahli PI yang aktif mengikuti program dan kelas yang dijalankan di PI Kg. Medong Hilir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, adik Syahmi tidak cekap untuk menggunakan peralatan ICT dan internet yang disediakan di PI Kg. Medong Hilir. Malah, pengetahuannya atau kecekapannya dalam menggunakan internet berada di tahap yang lemah dan ini menyebabkan sukar baginya membuat tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan internet dalam mencari maklumat oleh pihak sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi penerangan kepada peserta mengenai pengenalan asas menggunakan internet dan perisian seperti Microsoft Power Point dan Microsoft Word.  Setelah melalui beberapa latihan dan kelas ICT di PI, Adik Syahmi  telah mahir menaip  dan mampu melayari internet dengan lebik baik.