PROGRAM BARU NADI MAHIR: MAHIR MICROSOFT

Aktiviti Semasa | 1 July 2026

Dalam dunia digital masa kini, penguasaan aplikasi Microsoft merupakan satu kelebihan penting sama ada untuk pelajar, pencari kerja, pekerja mahupun usahawan. Seiring dengan keperluan tersebut, NADI Mahir memperkenalkan Program Mahir Microsoft, sebuah program latihan yang direka untuk membantu komuniti membina kemahiran komputer secara sistematik dan berperingkat.

Apa yang Akan Dipelajari?

Program ini memberi fokus kepada tiga aplikasi Microsoft yang paling banyak digunakan dalam pembelajaran, pengurusan kerja dan perniagaan:

  • Microsoft Word – Penyediaan dokumen profesional, surat rasmi, laporan dan pelbagai format dokumen.
  • Microsoft Excel – Pengurusan data, pengiraan, jadual, carta serta analisis maklumat.
  • Microsoft PowerPoint – Penghasilan slaid pembentangan yang menarik, kreatif dan berkesan.

Laluan Pembelajaran

Setiap aplikasi ditawarkan dalam tiga tahap pembelajaran bagi memastikan peserta dapat menguasai kemahiran secara berperingkat:

  • Basic – Pengenalan dan penggunaan asas.
  • Intermediate – Pengukuhan kemahiran serta penggunaan fungsi yang lebih meluas.
  • Advanced – Teknik lanjutan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Kelebihan Program

  • Latihan 100% percuma.
  • Pembelajaran dijalankan secara dalam talian (online) di Pusat NADI.
  • Modul pembelajaran yang tersusun dan mudah diikuti.
  • Bimbingan bagi membantu peserta menguasai kemahiran digital secara praktikal.
  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus.
  • Sijil adalah diiktiraf oleh institusi berkaitan, sekali gus menambah nilai kepada pembangunan kerjaya dan kemahiran peserta.

Siapa Yang Digalakkan Menyertai?

Program ini terbuka kepada:

  • Pelajar sekolah dan institusi pengajian.
  • Belia yang ingin meningkatkan kemahiran digital.
  • Pekerja yang ingin menambah nilai dalam kerjaya.
  • Usahawan dan peniaga yang memerlukan kemahiran pengurusan dokumen, data dan pembentangan.
  • Orang awam yang berminat mempelajari aplikasi Microsoft.

Ketahui Lebih Lanjut

Ingin mengetahui struktur pembelajaran, tempoh bagi setiap tahap, kaedah pelaksanaan kelas serta syarat penyertaan?

Sertailah Forum Mahir Bersama Komuniti atau kunjungi Pusat NADI KAMPUNG MEDONG HILIR untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Mahir Microsoft.

Mulakan langkah anda hari ini dan tingkatkan kemahiran digital bersama NADI Mahir.