Tarikh: 1 Mac 2025
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Kampung Medong Hilir
Anjuran: NADI KAMPUNG MEDONG HILIR
Program Bersama Komuniti telah diadakan pada 1 Mac 2025 bermula jam 9:00 pagi. Program ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli dalam organisasi Komuniti Madani (KM) dalam meningkatkan kefahaman mereka terhadap teknologi maklumat (IT) dan meningkatkan celik komputer. Aktiviti ini diadakan bagi memperkasakan kemahiran asas IT dalam kalangan ahli KM supaya mereka lebih bersedia menghadapi cabaran digital.
Program dimulakan dengan kehadiran ahli-ahli KM dan seterusnya sesi mesyuarat bagi membincangkan hal-hal organisasi. Selepas mesyuarat, satu taklimat telah diberikan oleh Pengurus NADI mengenai Info Pack NADI Kampung Medong Hilir yang mengandungi maklumat penting berkaitan pembangunan digital di kawasan tersebut.
Seterusnya, sesi latihan asas IT dimulakan dengan kelas pendaftaran akaun Gmail. Ahli komuniti diajar cara membuat akaun Gmail sebagai langkah awal dalam penggunaan teknologi digital. Selepas itu, satu bengkel mengenai penggunaan Google Docs telah diadakan, di mana peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas penggunaan dokumen dalam talian bagi tujuan kerja dan pembelajaran.





