ROTI CANAI SEJUK BEKU
Nama | : Nur Farahan Hassani |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Nur Farahan Hassan merupakan seorang surirumah dan ibu tunggal, yang menjalankan perniagaan roti canai sejuk beku di kampung medong hilir Dalat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Farahan merupankan usahawan kecil. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk jualan melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat Internet Kg Medong hilir bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka.. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Medong Hilir, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.
Pages: 1 2