KEUSAHAWANAN – Cik Shafina Binti Hamdan
BAKERI
Nama | : Cik Shafina Binti Hamdani |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Shafina Binti Hamdan merupakan lepasan Institut Kemahiran Belia Negeri Miri (IKBN) dalam bidang Penyediaan Pastri. Permintaan daripada kalangan jiran dan rakan-rakan mencetuskan perniagaan Cik Shafina untuk terus berkembang. Dengan kepakaran yang beliau ada, beliau dapat menghasilkan banyak jenis roti dan biskut. Dengan bantuan Pusat Internet beliau belajar mempromosikan produk secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada permulaannya perniagaan hanya tertumpu kepada perniagaan pelabagai jenis roti dan kek birthday, atas permintaan ramai dari pelanggan tetap, beliau mempelbagaikan produk dengan menghasilkan produk : roti kelapa sanggul, roti kacang merah, roti cheese stick, roti butter milk, roti kelapa putih, roti kacang tanah, cupcake dan Kek Hari Jadi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan menghadiri kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh PI, iaitu asas perniagaan dan pemasaran produk. Telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dari petugas PI. Penglibatan PI membantu memasarkan produk secara luas untuk kawasan mukah dan dalat dengan mengiklanan melalui dashboard Komuniti (My Shop). Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook