mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA

 

KEUSAHAWANAN – Cik Nurul Afida

USAHAWAN KECIL KEREPEK PISANG

Nama : Cik Nurul Afida
Umur : 30 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Nurul Afida merupakan usahawan  yang pernah mengikut Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Program ini untuk golongan belia Bumiputera yang berumur 18 – 30 tahun. Beliau memulakan perniagaan makanan homemade di sekitar mukah dan dalat sejak tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaan secara tradisional dan memasarkan produk secara talian dan disekitar kampung sahaja. Beliau yang menghasilkan pelbagai jenis produk makanan homemade seperti sandwich, tauhu bergedil, kek batik oreo, nasi lemak kukus, spring roll crunchy dan kuih gunting. Aktiviti pemasaran hanya dibuat untuk kawasan sekitar kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas perniagaan telah banyak membantu beliau dalam membuat perubahan dalam pemasaran produk. Beliau mendapat idea dan tunjuk ajar dari petugas Pi1M Penglibatan P membantu memasarkan produk kering seperti kuih gunting dan spring roll crunchy ke seluruh Malaysia dengan pengiklanan melalui dashboard Komuniti (My Shop). Melalui pengiklanan menggunakan Dashboard My Shop, beliau telah menenerima tempahan daripada banyak pihak. Segala urusan tempahan boleh dijalankan melalui telefon, mesej, WhatsApp dan Facebook.

 

.